Pengiklanan adalah mendapat barangan yang mereka perlukan dan dikehendaki.

Pengiklananadalah bermaksud menarik perhatian kepada sesuatu atau memberitahu ataumemaklumkan seseorang tentang sesuatu (Dyer, 1982). Iklan diadakan denganbertujuan untuk memperkenalkan atau menjual sesuatu produk mereka kepadapengguna. Pengiklanan memainkan peranan penting terhadap penjual dan pembeli.Pengiklanan penting bagi penjual untuk memperkenalkan produk mereka untukmelariskan jualan mereka. Tanpa pengiklanan, hasil jualan tidak mampu untuk melambungserta sukar mendapat sambutan.

Begitu juga dengan pembeli, adalah penting untukmereka mengetahui syarikat atau penjual yang boleh memberi keperluan seharianatau kehendak mereka. Melalui iklan ini, penjual dan pembeli dapat berkongsikebaikan. Kebaikan yang akan diperoleh oleh penjual adalah perniagaan semakinmaju disebabkan wujudnya pengiklanan mengenai produk yang dijual. Manakalakebaikan yang diperoleh oleh pembeli adalah mendapat barangan yang merekaperlukan dan dikehendaki. Namun demikian, pembeli haruslah bijak dalam membuatkeputusan serta tidak mudah terpedaya oleh pengiklanan produk masa kini.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

Halini kerana terdapat sesetengah iklan mempunyai unsur kebodohan, tidak tepat,mengelirukan atau hanya menjengkelkan (Dyer, 1982). Pengiklananmampu meningkatkan kesedaran pengguna. Tidak kira betapa hebatnya produk atauperkhidmatan sesebuah syarikat atau penjual, jika pengguna tidak mengetahuikewujudan mereka, mereka tidak dapat menjual kepada pengguna.

Iklan yangberkesan dan iklan yang sentiasa berulang membantu pengguna menjadi serasidengan penjual. Pengguna akan mula merasa serasi dengan jenama tersebut keranaterbiasa mendengar jenama serta mampu mengingati jenama dengan sendirinya.Pengeliruaniklan berlaku apabila sesebuah syarikat atau seseorang penjual gagal untukmenyampaikan maklumat sebenar mengenai produk mereka. Di Malaysia,undang-undang mengenai keluaran iklan telah diwujudkan iaitu Kod AmalanPeriklanan Malaysia bagi mengelakkan sesuatu iklan itu disalahgunakan. Namunbegitu, masih terdapat syarikat dan penjual mengeluarkan iklan yangmengelirukan serta memberi maklumat yang tidak benar bagi menarik perhatianpelanggan mereka. Tindakan ini adalah tidak beretika kerana ada unsur penipuanserta melanggar undang-undang Kod Amalan Periklanan Malaysia. Iklanyang mengelirukan berlaku apabila pelanggan menghadapi iklan yang mewakili ideapalsu tentang sesuatu produk.

Iklan mengelirukan ini termasuklah kategori iklanyang berlebih-lebihan iaitu mengadakan sesuatu yang biasa itu menjadi luarbiasa atau yang tidak ada menjadi ada. Selain itu, menyatakan perkara yangtidak realistik mengenai sifat produk, menggunakan konsep professional untukmendapat kesan yang baik walaupun produk tersebut tidak mempunyai sifatprofessional seperti yang dinyatakan, menunjukkan lesen palsu, memberi warantipalsu, menggunakan helah sinematik dan kekeliruan visual serta tawaran danpromosi harga rendah. Terdapat beberapa kajian kes mengenaikekeliruan iklan telah dilakukan oleh negara luar dan negara Malaysia sendiri.Antaranya ialah mengenai kekeliruan iklan dalam penerbangan tambang murah. Kajianyang telah dilakukan oleh pihak Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia(PERKEM) mengenai isu penerbangan tambang murah ini terhasil apabila mendapatrungutan dari pelanggan kerana harga yang ditawarkan tidak sama dengan hargasebenar. Iklan telah menawarkan harga murah tanpa caj dan cukai tambahan dimana menurut Seksyen 14A Akta Perihal Dagangan 1972 (Akta 87), ianya wajibdinyatakan. Antara dua syarikat penerbangan yang sering melakukan kekeliruaniklan adalah syarikat penerbangan Air Asia Berhad dan Syarikat PenerbanganMalaysia (MAS). Kajian menyatakan bahawa perjanjian yang dinyatakan oleh AirAsia iaitu “Tiada yuran pengurusan & caj bahan api” dan MAS pula menyatakan”All-inclusive What You See is What You Pay” menjadikan pelanggan rasaterkeliru dengan tawaran-tawaran iklan tersebut.

Perjanjian ini menyebabkanpelanggan rasa teruja dan merasa kerugian apabila membeli tiket berbeza denganharga yang ditawarkan dan lebih mahal. Apabila pengguna percaya dan iklandipaparkan benar namun hakikatnya palsu, pengguna boleh menjadi”dirugikan” (Attas, 1999). Lebih kurang 55.4%pelanggan berpendapat iklan penerbangan mengelirukan dan 81.4% pelangganbersetuju membayar lebih daripada harga yang telah ditawarkan dalam iklan(Kamal Halili Hassan dan Shuhaida Che Musa, 2010).