PENGENALAN dikatakan menyokong Jepun semasa penjajahan Jepun di Tanah

PENGENALAN

 

            Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang
gemilang kerana kedudukan yang strategik. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul
sebagai pusat perdagangan utama. Selain itu, Islam muncul sebagai agama utama
di Melaka yang disebarkan oleh pedagang yang tersebar dan anutan utama penduduk
Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Melaka
pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan juga British. British merupakan
penjajah yang paling lama menjajah Tanah Melayu. British juga telah mencampuri
urusan pentadbiran di Tanah Melayu dan menimbulkan rasa tidak puas hati di
kalangan penduduk tempatan. Oleh sebab itu, ramai penduduk di Tanah Melayu mula
mendapatkan pendidikan dan sejak itu munculnya golongan berpendidikan yang mula
memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar
dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing bagi membuka minda
penduduk tempatan. Ada dikalangan mereka yang membentuk persatuan bagi mengusir
penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.

Selain
itu, Tanah Melayu juga dijajah oleh Jepun pada tahun 1941. Jepun telah
menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran
pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada
Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak
ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya
sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu. Keganasan PKM
tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Seterusnya British
cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini mendapat tentangan hebat dan
menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pemimpin tempatan telah menubuhkan UMNO
bagi menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai
bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

Kemunculan
Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah
Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka
mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri
negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah membuahkan
hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani memberi petanda bahawa
Tanah Melayu akan merdeka.

 

KRONOLOGI PERISTIWA KEMERDEKAAN
TANAH MELAYU

Malayan
Union

            Parlimen Inggeris pada 10 Oktober 1945 telah
membentangkan satu kertas putih yang isinya adalah mengenai matlamat British
untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali sebagai Malayan
Union.

Malayan Union
yang dicadangkan merupakan satu kesatuan negeri-negeri Melayu. Dalam
pentadbiran ini negeri-negeri di semenanjung yang tidak pernah lagi ditadbirkan
sebagai satu kesatuan, dan mempunyai cara pemerintahan yang tersendiri.

Tujuan utama Malayan
Union diperkenalkan ialah untuk memastikan kepentingan British di Tanah Melayu
terpelihara, khususnya kepentingan ekonomi. Tujuan ini tindakan menyeragamkan
pentadbiran di bawah satu sistem adalah perlu dengan sebab-sebab yang tertentu
iaitu melalui satu sistem pemerintahan bagi menjimatkan kos pentadbiran
negeri-negeri melayu,

British juga menyatakan untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan British juga menubuhkan 
Malayan Union kerana perasaan benci beberapa pegawai Inggeris terhadap orang
Melayu yang dikatakan menyokong Jepun semasa  penjajahan Jepun di Tanah
Melayu.

Perlembangan Malayan Union terdiri
daripada sembilan buah negeri melayu, Pulau Pinang dan Melaka. Gabenor inggeris
merupakan ketua pentadbir Malayan Union yang dibantu oleh Majlis Penasihat
Melayu. Selain itu, Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan bagi menguruskan
kerajaan tempatan dan tertakluk kepada kawalan pemerintahan berpusat. Raja-raja
melayu hanya berkuasa dalam soal agama dan adat istiadat melayu sahaja. Di
samping itu, hak kerakyatan mengikut prinsip “jus soli”.

Namun pertubuhan Malayan Union
mendapat tentangan dari orang melayu dengan menyuarakan bantahan melalui
akhbar-akhbar melayu dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British di
London. Penentangan ini berlaku kerana perlembagaan Malayan Union digubal
tanpa mengambil kira pandangan orang Melayu terlebih dahulu. Raja-raja Melayu
diberi masa yang singkat untuk meneliti kandungan perjanjian Malayan Union dan
diugut oleh Sir Harold Mac Michael. Selain itu, Malayan Union menghapuskan
kedaulatan dan kuasa politik raja-raja Melayu.

            Oleh hal demikian, orang melayu telah menubuhkan satu
gerakan nasional melayu serta kempen yang terseleras untuk menentang Malayan
Union iaitu United Malaya National Organization (UMNO) yang diisytiharkan oleh
Dato Onn Jaafar.

Persekutuan
Tanah Melayu 1948

Perjanjian Persekutuan telah digubal
oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember 1946. Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King
House dan diumumkan
oleh kerajaan British. Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan
Sir Edward Gent sebagai wakil Kerajaan British.
Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting bagi memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah
Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah
dikembalikan.

Dalam Perjanjian Persekutuan ini,
walaupun negeri-negeri Melayu menjadi negeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah
jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.

Persekutuan Tanah Melayu ini
mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara
Komanwel British pada 31 Ogos 1957.  Merujuk kepada Akta Malaysia 1963, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (yang dinamakan semula sebagai Sabah) disekutukan dengan negeri-negeri
lain yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya ia
dinamakan Malaysia. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia dan
membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965.

 

 

 

 

Sistem
Ahli

Sistem Ahli ini bermula
di London apabila pejabat tanah jajahan mula memikirkan pendapat untuk
mengadakan Sistem Bermenteri. Tahun 1951, Sistem Ahli diperkenalkan ke dalam
Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Persekutuan dengan beberapa orang ahli Majlis
Mesyuarat Undangan dan ahli tidak rasmi yang dilantik diberi tugas memegang
jawatan yang bertaraf menteri. Pada April 1951, buat pertama kali orang melayu
dilantik mengetuai jabatan dan tanggunjawab penuh terhadap jawatan
masing-masing.

Sistem ahli ini
diadakan bertujuan untuk melatih penduduk tempatan untuk mengetuai pemerintahan
Tanah Melayu. Idea pengenalan Sistem Ahli ini dicetuskan Dato’ Onn Jafaar
setelah berunding dengan Sir Henry Gurney. British bersetuju untuk
memperkenalkan Sistem Ahli ini kerana ianya selaras dengan konsep dekolonisasi,
mengurangkan tekanan dari Parti Komunis Malaya (PKM) dan mengelakkan penduduk
tempatan terpengaruh dengan PKM.

Selain itu, Sistem Ahli
ini penting kerana sistem ini merupakan tapak asas yang penting untuk melatih
penduduk tempatan untuk berkerajaan sendiri. Sistem ini juga penting untuk memulakan
proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Sistem ini menggabungkan
pemimpin daripada pelbagai kaum yang terdapat di Tanah Melayu. Perkara ini
merupakan asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai mendapat
sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Sistem Ahli telah memberi
pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui
kerajaan walaupun masih dikuasi oleh British. Ingin membuka pintu UMNO kepada
kaum-kaum lain menyertainya tetapi ahli-ahli UMNO menganggap ini sebagai satu
ancaman, (Dato Onn Jaafar 1951).

 

Pilihan Raya Umum 1955

Pilihan
Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 yang diadakan pada 27 Julai 1955
merupakan pilihan raya umum yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian
Malaysia) sebelum kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Dalam pilihan raya umum
ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO), Persatuan Cina Malaya (MCA) dan Kongres India Se-Malaya (MIC). Tuan
Guru Haji Ahmad Tuan Hussein dari Parti Islam Se-Malaysia mememangi satu kerusi
di kawasan pilihan raya Krian, Perak, dan mendapat nama samaran, “Encik
Pembangkang” daripada lain-lain ahli Parlimen. PAS yang telah ditubuhkan
pada tahun 1951 adalah kesinambungan perjuangan Islam yang dibawa oleh Hizbul
Muslimin. Kebanyakan pimpinanannya adalah pimpinan Hizbul Muslimin yang telah
diharamkan oleh British. Perjuangan PAS adalah untuk mewujudkan masyarakat
Malaysia yang mengamalkan nilai-nilai dan cara hidup Islam. Slogannya Allahu
Akbar dan Merdeka. Rujukannya Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Tertakluk
kepada 4 rujukan utama itu, kuasa tertinggi di dalam PAS adalah diputuskan di
dalam muktamar.  Apabila diadakan Pilihanraya
Umum yang pertama (1955) PAS berpandangan perlunya menyertai pilihanraya
berkenaan sebagai satu saluran untuk PAS menyampaikan dakwah Islam di parlimen.
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 ini juga memperlihatkan MIC bertanding buat
pertama kali. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun yang lalu, iaitu
tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya
perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.

 

 

Pakatan
Murni

 

Pakatan
Murni merujuk kepada hasil usaha semua kaum di Persekutuan Tanah Melayu untuk
menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Pakatan
Murni merupakan jalan penyelesaian tuntutan dan masalah pelbagai kaum yang
sebelum ini berpisah akibat dasar ‘pecah dan perintah’ British.

Usaha-usaha
ke arah pakatan murni ialah yang pertama, penubuhan Jawatankuasa Hubungan
Antara Kaum (CLC) pada Januari 1949. Pada awalnya, CLC dianggotai oleh dua kaum
terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu dan Cina. Orang Melayu di bawah pimpinan
Dato’ Onn Ja’afar, manakala orang Cina di bawah pimpinan Tan Chen Lok. Pada
bulan Ogos, CLC disertai oleh 6 wakil Melayu, 6 wakil orang Cina, 1 wakil dari
kaum India, Serani dan Eropah.

Langkah
kedua ialah perundingan UMNO-CLC. Pada 1951 Presiden UMNO Dato’ Onn Ja’afar
mencadangkan pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu. Apabila gagal,
beliau meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang
terbuka kepada semua kaum yang mahu bekerja mencapai kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu.

Langkah
seterusnya ialah persidangan di antara Gabenor Jeneral Asia Tenggara Sir
Malcolm Macdonald dengan Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman pada 1953. Tunku
Abdul Rahman kemudian mengadakan konvesyen kebangsaan dan banyak parti politik
di Tanah Melayu terlibat dengan konvesyen tersebut. Ia menjadi asas pembentukan
Parti Perikatan.

 

Rundingan London

Dengan keputusan
pilihanraya umum tahun 1955, penjajah British terpaksa menerima hakikat bahawa
Parti Perikatan disokong oleh hampir seluruh rakyat Tanah Melayu. Sistem Ahli
bertukar menjadi sistem Menteri. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua
Menteri, walaupun Pesuruhjaya British masih mempengerusikan Majlis Eksekutif
Persekutuan dan beberapa kerusi lain diduduki oleh pegawai British. Walau
bagaimanapun kebanyakan tempat di dalam Majlis itu dikuasai oleh wakil Parti
Perikatan.

Semasa kempen
pilihanraya, Parti Perikatan menjanjikan kemerdekaan akan dicapai dalam tempoh
empat tahun, sekiranya mereka memperoleh kemenangan. Untuk menunaikan janji
itu, rundingan dengan kerajaan British di London perlu diadakan secepat mungkin.
Sebelum rundingan dengan kerajaan British diadakan, Parti Perikatan mestilah
berpakat dengan Raja-Raja Melayu terlebih dahulu supaya bersatu dengan rakyat
dalam rundingan itu. Raja-Raja Melayu terus terlibat dalam perundingan untuk
mencapai kemerdekaan kerana sebelum itu mereka bertanggungjawab menandatangani
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dengan pihak British.

Rundingan di antara
Tunku Abdul Rahman dan wakil-wakil Majlis Raja-Raja mencapai kejayaan kerana
Parti Perikatan memberi jaminan bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu tidak akan
terjejas selepas merdeka. Pada bulan Januari 1956, rombongan Parti Perikatan
yang kedua berlepas ke London untuk berbincang dengan kerajaan British mengenai
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Rombongan pada kali ini mewakili parti
yang memerintah di Persekutuan Tanah Melayu dan harapan mereka untuk mencapai
kejayaan adalah cerah.

Rundingan mengenai
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang berlangsung selama tiga minggu di
London merupakan satu lagi kejayaan cemerlang bagi Parti Perikatan. Pada 8
Februari 1956, Perjanjian London telah dimeteraikan oleh pihak Raja-Raja
Melayu, Parti Perikatan dan kerajaan British. Menurut perjanjian itu,
Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada akhir bulan Ogos 1957.

Rundingan yang diadakan
di London telah mengambil masa yang panjang kerana banyak perkara yang perlu
diselesaikan. British sedar bahawa mereka tidak dapat menghalang kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu, tetapi dalam masa yang sama, mereka cuba mempertahankan
kepentingan mereka di Tanah Melayu. Parti Perikatan juga berjanji tidak akan
cuba memiliki atau mengambil alih harta benda ataupun perniagaan British di
Tanah Melayu. British masih bebas menjalankan kegiatan ekonomi mereka. Parti
Perikatan memang mengamalkan sistem ekonomi bebas.

Selain itu, pangkalan
tentera British masih dikekalkan di Tanah Melayu. Dengan itu British akan
melindungi negara kita dari ancaman luar, di samping mengawal kepentingan
mereka di rantau ini.

Apabila rombongan Parti
Perikatan pulang ke tanahair, mereka diberi sambutan meriah. Di Padang Bandar
Hilir, Melaka, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di
hadapan rapat umum yang besar.