Dewasa ini, era globalisasi dilihat semakin mendominasi kehidupan dunia

Dewasa ini, era globalisasi dilihat semakin mendominasi kehidupan duniapada masa kini. Banyak perubahan dapat dilihat dalam kehidupan seharian seiringdengan arus kemodenan yang dikecapi.

Perubahan ketara yang dapat dilihat padakehidupan masa kini adalah melibatkan gaya kehidupan yang berorientasikanteknologi maklumat. Segalanya boleh dicapai dihujung jari dengan adanyakemudahan untuk mengakses yang begitu mudah dan ringkas tanpa ada sebarangsekatan. Setiap hari, ada sahaja perisian atau gajet baru yang dihasilkan dandipasarkan dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh segenap lapisanmasyarakat. Kita sememangnya bertuah kerana berada dalam era globalisasi ini.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

Walau bagaimanapun, kecanggihan teknologi yang ada harus diguna sebaik mungkinkerana ia akan menjadi satu cabaran sekiranya disalahgunakan terutamanyamelibatkan kesan ke atas nilai, budaya, pemikiran serta corak kehidupanmasyarakat kini. Setiap maklumat yang dicapai dan diperoleh sangat mempunyai nilaikerana ia adalah penentu kepada kejayaan masa hadapan. Jika maklumat atau kemudahanyang ada itu disalahgunakan, ia mampu membawa kepada kepincangan dunia. Peningkatansecara mendadak bagi penggunaan Internet dan komputer telah mewujudkan satu fenomenateknologi digital yang menyalahahi undang-undang yang dikenali sebagai jenayahsiber. Teknologi digital baru membolehkan pengguna menyertai dalam penggunaan,pengedaran dan penciptaan kandungan” (John Palfrey, Urs Gasser, Miriam Simun& Rosalie Fay Barnes, 2009: 80).¬†Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, media didefinisikansebagai alat atau perantara dalam komunikasi atau dalam perhubungan. Manakalasosial merupakan segala hal yang berkaitan dengan masyarakat ataukemasyarakatan. Media sosial merupakan salahsebuah media dalam talian, iaitu para pengguna boleh melayarinya dengan sangatmudah bagi tujuan untuk berkongsi dan membuat kandungan termasuk blog,rangkaian sosial seperti Facebook, My Space, Youtube, Twitter dan lain-lain.

Laman web ini sangat digemari oleh lapisan masyarakat kerana ia membolehkan orangramai membuat laman web peribadi bertujuan untuk berhubung antara satu samalain dengan rakan-rakan dan berkongsi maklumat serta berkomunikasi. Internetsangat berperanan pada hari ini sebagai suatu saluran utama untuk pengedaranmaklumat dan hiburan kepada pengguna. Tanpa sempadan, Internet juga membolehkanpengguna untuk menghasilkan video, artikel dan muzik mereka sendiri dan merekadapat berkongsikannya dengan khalayak global (Michael Kende, 2014: 93).

Sebelum berkembangnya era globalisasi ini, media sosialsudah terbentuk seawalnya pada tahun 1978 iaitu melalui penggunaan sistem papanbuletin yang membolehkan pengguna untuk melakukan sebarang proses muat naik,muat turun segala maklumat sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi denganmenggunakan kaedah mel elektronik yang mempunya sambungan Internet yangdisambung ke talian telefon. Sistem papan buletin ini telah dicipta oleh WardChristensen dan Randy Suess yang merupakan orang yang bertanggungjawab menciptakomputer. Pembangunan media sosial yang pertama juga telah dibangunkan padatahun 1971 oleh penyelidik ARPA(Advanced Research Project Agency) melalui proses penyerahan e-mel pertama.Sehinggalah pada tahun 1999 bermulalah era media sosial yang masih digunapakaioleh masyarakat masa kini iaitu kemunculan laman web untuk membuat blogperibadi yang lebih dikenali sebagai Blogger. Pengguna dapat membuat halamanlaman web sendiri dan berkongsi maklumat di dalam media sosial yang baru sajadicipta.Jaringan media sosial mula semakindiperluas lagi dengan penubuhan Friendster. Pada tahun 2002, pengenalanjaringan sosial ini telah mencetuskan fenomena di alam maya di mana jaringansosial ini menjadi tumpuan utama masyarakat untuk berhubung dan mengenali temanbaru.

Diikuti dengan pengenalan MySpace dan seterusnya Facebook pada tahun2004, Twitter dan pelbagai lagi jaringan sosial yang semakin memenuhi perkembanganteknologi masa kini. Semuanya diperkenalkan sebagai salah satu medium rangkaiansosial untuk menarik lebih ramai pengguna menyertai dan berkongsi maklumat dilaman sosial masing-masing. Pelbagai pilihan jaringan sosial yang ada ini telahmendapat sambutan luar biasa daripada kalangan pengguna seluruh dunia. Menurutkajian yang telah dilakukan oleh Alexa (2012), penggunaan laman sosial Facebooktelah dicatatkan sebagai penggunaan paling fenomena di dunia pada tahun 2011kerana telah mencatatkan capaian sebanyak 750 juta pengguna diikuti oleh lamansosial Twitter yang telah diasaskan oleh Jack Dorsey bermula tahun 2006 telahmencatatkan capaian pengguna aktif sebanyak 200 juta pada tahun 2011. Kemudahanuntuk mengakses laman sosial menggunakan aplikasi mudah alih yang terdapat padatelefon pintar telah menjadikan media sosial sering menjadi tumpuan untukdilawati oleh masyarakat pada setiap masa.