1. untuk air mengalir dengan baik. Nah, sekali gus

 1.     Diskusi Persoalanutama, mengapa sangat ditekankan mengenai jangan membuang sampah merata-rata?Hal ini kerana, hanya dengan sampah-sarap sahaja boleh menjadi punca banjirterjadi disebabkan sampah ini yang menghalang sistem perparitan dan longkanguntuk air mengalir dengan baik. Nah, sekali gus menjadi tempat paling efisienuntuk nyamuk Aedes berkembang biak. Demam denggi berdarah bukanlah merupakansatu penyakit yang hanya patut dipandang ‘enteng’ sahaja.

Ia boleh menjaditeruk sehingga menyebabkan kematian. Bermula daripada demam denggi biasa danseterusnya menjadi teruk kepada demam denggi berdarah di mana kapilari iaitu salurdarah kecil menjadi lebih telus dan darah keluar dari saluran darah(capillary leakage). Ini yangmenyebabkan kesan fatal kepada individu dan juga maut. Kematian disebabkandenggi ialah apabila demam denggi berdarah menjadi “dengue (haemorrhagic) shock Syndrome” atau juga dikenali sebagai sindromkejutan demam denggi. Ini merupakan keadaan apabila darah telah cair danpendarahan tidak dapat diberhentikan.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

Oleh yang demikian, banyak pihak yangtelah bersama-sama turun padang untuk membanteras kes demam denggi ini tidakkira secara langsung atau tidak langsung. Antara yang terlibat termasuklah pihakkerajaan dan swasta, hospital, dari segi pendidikan dan juga semestinyamasyarakat kita sendiri.  Pihak kerajaan dan swasta banyak membantuterutama sebelum, semasa dan selepas musim tengkujuh. Fasa sebelum musimtengkujuh adalah seperti mengadakan aktitvit gotong-royong membersihkan kawasankediaman untuk membersihkan kawasan takungan air yang menjadi tempat pembiakannyamuk Aedes. Selain itu, turutmengadakan kempen kepada masyarakat mengenai bahaya demam denggi dan bagaimanacara untuk mencegahnya. Semasa musim tengkujuh, ia merupakan  lebih kepada proses menyelamat dan memindahkanmangsa-mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat.

Proses memindah dan menyelamatkebiasaannya melibatkan Angkatan Pertahanan Awam, St.John dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah. Ini merupakan salahsatu pencegahan awal bagi mengelakkan mangsa-mangsa banjir daripada diserangvektor penyakit berjangkit terutama demam denggi berdarah yang disebabkan olehnyamuk Aedes. Selain itu, turutmembekalkan sumber makanan dan minuman yang bersih kepada mangsa-mangsa banjir.Fasa terakhir iaitu, selepas musim tengkujuh, ini merupakan jangka waktu untukair banjir menjadi surut di mana ini juga bersamaan dengan akan menyebabkan meningkatnyalebih banyak kawasan pembiakan nyamuk Aedeskerana ia gemar membiak di kawasan air yang tidak mengalir dan juga jernih.Untuk membasmi kawasan pembiakan nyamuk Aedesini, sekali lagi gotong-royong akan dijalankan untuk membersihkankawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir. Selain itu, memantau kawasan yangmenjadi tempat pembiakan nyamuk Aedessupaya tidak merebak ke tempat lain termasuklah melakukan fogging dan mendenda mana-mana pemilik rumah  sekiranya tempat pembiakan nyamuk Aedes ditemui. Seterusnya,peranan yang dijalankan oleh pihak hospital.

Kebiasaannya, doktor yang merawatpesakit yang mengalami wabak demam denggi akan membuat pemeriksaan lebih lanjutbagi membuat konfirmasi samada pesakit menghidap demam denggi yang terukataupun mungkin mengalami jangkitan penyakit yang lain. Justeru itu, kehadiranpara doktor di tempat-tempat yang terlibat dengan banjir sangat dialu-alukanbagi membuat pemeriksaan awal kepada mangsa-mangsa banjir sebelum demam denggiatau penyakit lain menjadi lebih kronik. Selain itu, menjadi tanggungjawabdoktor untuk memberikan rawatan yang sesuai kepada pesakit yang mengalami demamdenggi berdarah.

Bukan itu sahaja, malah mereka turut perlu memaklumkan kepadapihak berkuasa kesihatan mengenai keadaan pesakit yang dirawat sekiranyapesakit menghidap demam denggi  keranadenggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supayatindakan lanjutan dapat dijalankan. Antaranya ialah, kawasan dan persekitarandi mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.  Disamping itu, peranan yang dijalankan dari segi pendidikan melibatkan semuaperingkat iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah, kolej vokasional,Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS)dan semua jenis pengajian. Pihak pengajian terutama para tenaga pengajar danjuga guru-guru perlu memainkan peranan berlipat kali ganda dalam mendidik parapelajar serta mahasiswa-mahasiswi untuk memupuk sifat kesedaran untuk sentiasamenjaga kebersihan. Perbuatan yang sangat senang untuk dilakukan iaitu janganmembuang sampah merata-rata perlu dititikberatkan oleh para tenaga pengajarkepada mereka. Kadang-kala, meskipun sudah berada dalam lingkungan umur 18tahun ke atas, masih ramai remaja dan orang dewasa belum ada kesedaran mengenaipentingnya untuk tidak membuang sampah merata-rata dan hanya memandang demamdenggi berdarah sebagai satu penyakit biasa sahaja dan seboleh-bolehnya tidakingin terlibat dengan sebarang aktiviti yang melibatkan gotong-royong membasmitempat pembiakan nyamuk Aedes denganalasan sibuk bekerja dan tidak memiliki masa lapang untuk ikut serta dalamaktiviti sebegini. Oleh yang demikian, dalam mana-mana silibus pengajian,sekolah atau IPTA dan juga IPTS, akan ada subjek yang diajar untuk mendidikdalam menerapkan kesedaran mengenai bahayanya nyamuk Aedes dan juga ada kempen yang dijalankan.

Contohnya, dalam silibuspengajian sekolah ada Subjek Pendidikan Moral dan juga Pendidikan Sivik danKewarganegaraan yang sangat membantu dalam memupuk kesedaran dan sifatkerajinan dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. PeringkatIPTA dan IPTS seperti kempen Cegah Aedesdan aktiviti gotong-royong pada hujung minggu di kawasan penginapanmahasiswa-mahasiswi. Pengetahuan yang mereka peroleh ini, akan dapatdiaplikasikan sendiri bersama-sama dengan keluarga mereka. Sekali gus dapatbersama-sama memupuk kesedaran mengenai bahayanya wabak demam denggi ini. Akhirsekali ialah peranan dan tindakan yang dilakukan oleh masyarakat kita sendiri. Masyarakatterutama golongan ibu bapa yang memberikan didikan bermula di rumah kepadaanak-anak.

Bak kata pepatah ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Sifatkesedaran untuk menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal dan mengenaibahayanya nyamuk Aedes perlu dipupukdalam diri anak-anak. Ini merupakan tanggungjawab yang amat perludititikberatkan kepada mereka dan akan lebih dipertajamkan kefahaman merekamengapa pentingnya harus mengadakan gotong-royong, menjaga kebersihanpersekitaran tempat tinggal atau lebih mudah mengapa perlunya kita tidakmembuang sampah merata-rata termasuklah mengenai nyamuk Aedes oleh para pendidik di sekolah. Oleh yang demikian, ibu bapamembantu dan mendidik anak-anak dengan cara mengajak mereka untuk bersama-samamembersihkan kawasan tempat tinggal mereka pada waktu hujung minggu danmenjadikan ini sebagai salah satu aktiviti mingguan bersama-sama anak-anak.

Initurut dilihat dapat membantu dalam mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dansifat untuk menjaga ahli keluarga daripada terlibat dengan wabak gejala demamdenggi berdarah. 2.     Konklusi Terdapatlagi banyak pihak yang terlibat dalam menghalang vektor pembawa penyakitberjangkit ini terutama pada fasa-fasa musim tengkujuh. Namun, apa yangdibincangkan merupakan antara pihak-pihak yang sangat memainkan peranan pentingdalam membasmi nyamuk Aedes untukmenghalang wabak demam denggi berdarah. Kita bukan hanya meletakkantanggungjawab sepenuhnya kepada agensi-agensi yang besar. Namun, segalanya jugabermula dari diri kita sendiri, dalam kalangan keluarga, dari segi pendidikan,hospital dan juga pihak kerajaan dan swasta.

Apabila kesedaran itu dipupukdalam diri kita sendiri, secara tidak langsung kita membantu dalam bersama-samamengawal wabak demam denggi berdarah ini. Dapat dilihat melalui segala tindakandan peranan yang dimainkan oleh pihak-pihak yang terlibat sangat membantu danberjaya dalam mengurangkan kadar kes kematian yang disebabkan oleh demam denggiberdarah ini. Namun, segala tindakan ini perlu untuk lebih dipergiatkan lagipada masa akan datang sekiranya berlaku masalah seperti musim tengkujuh. 3.     Rujukan                             i.

           The HealthlineEditorial Team. Reviewed by Mark R. Laflamme, M.D. Dengue Hemorrhagic Fever.December 17, 2015.                           ii.

           http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=50332                         iii.

           https://www.quora.com/What-are-the-differences-between-dengue-fever-and-dengue-hemorrhagic-fever